Contoh aturcara C.
/*Contoh aturcara untuk cetak mesej d skrin*/ ---> komen/ulasan
#include<stdio.h> ---> arahan prapemproses
main() ---> fungsi
{ ---> permulaan fungsi
printf("Ini aturcara pertama saya"); ---> arahan untuk cetak
} ---> penutup fungsi
Atucara diatas akan memaparkan mesej
Ini aturcara pertama saya
1.Komen/Ulasan aturcara
- Dimulakan dengan /* dan diakhiri dengan */
- Untuk menjelaskan maklumat mengenai aturcara
- Untuk dibaca oleh pembaca bukan untuk komputer
2. Arahan prapemproses
- Dimulakan dengan #.
- Aturcara sistem yang sedia ada dalam kompiler C
- Tujuan - memasukkan kandungan fail lain dan mengubah satu aturcara C semasa proses pengkompilan berlaku
- Contoh - #include<....>, #define<....>
3. Penakrifan fungsi
- Setiap aturcara C mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu fungsi utama yang dipanggil main()
- Tanda curly bracket, { digunakan sebagai permulaan fungsi dan } sebagai akhiran fungsi
- Fungsi main menentukan titik kemasukan bagi satu aturcara C.
- Perlaksanaan aturcara bermula pada penyataan pertama dan berakhir dgn pernyataan paling akhir dalam main().
4. Badan aturcara/fungsi
- Arahan printf adalah untuk mencetak apa yang terdapat didalam ("...............")
- Mesti berakhir dengan semikolon, ;
No comments:
Post a Comment