Visual Basic adalah dibangunkan daripada BASIC. lanya menggunakan pendekatan yang berbeza daripada pendekatan prosedur, iaitu menggunakan pendekatan Pengaturcaraan Berorientasikan Objek (Object Oriented Programming) dan Pengaturcaraan Event-Driven. Pengaturacaraan Visual Basic melibatkan penggunaan object. Object ini terdiri daripada Properties dan Method.
Properties : Menerangkan ciri-ciri bagi Object seperti warm, saiz, lokasi, nama dan sebagainya. Contohnya Forml.Caption
Pengaturcaraan Event-Drive mengandungi kebanyakan (tetapi tidak semua) elemen yang terdapat di dalam Pengaturcaraan Berorientasi Objek (OOP). Pendekatan ini membolehkan pengguna hanya perlu menekan butang arahan untuk melaksanakan arahan yang dikehendaki. Tindakan pengguna ini akan menyebabkan event berlaku. yang mana dilakukan oleh aturcara Basic yang ditulis. Sebagai contoh, pengguna menekan butang arahan yang berlabelkan KIRA. Proses klik butang ini akan menyebabkan event Click berlaku, di mana secara automatik prosedur yang melaksanakan proses pengiraan akan dipanggil bagi melaksanakan tugas pengiraan.
Pembangunan VB adalah secara berperingkat-peringkat iaitu bermula daripada versi 1.0 pada 1991, versi 2.0 pada 1992, versi 3.0 pada 1993, versi 4.0 pads 1995, versi 5.0 pada 1997, versi 6.0 pada 1998 dan versi VB .Net pada 2003. Visual Basic 6.0 mempunyai 4 edisi iaitu Learning. Professional, Enterprise dan Working Model. Edisi Professional dan Enterprise sesuai bagi pembangunan aplikasi profesional dan kompleks contohnya yang melibatkan pengurusan pangkalan data yang besar.
Visual Basic adalah antara bahasa pengaturcaraan yang paling mudah dan menarik kerana ianya bersifat mesra-pengguna dan kelihatan seperti persekitaran Windows. Microsoft Windows menggunakan Graphical User Interface (GUI).
No comments:
Post a Comment