Persekitaran Visual Basic

Sebelum memulakan projek pengaturcaraan, perkara yang asas perlu dilakukan ialah melarikan perisian Visual Basic. Kotak Dialog akan keluar dan anda boleh memilih sama ada ingin memulakan projek yang baru atau membuka projek yang telah sedia ada atau projek yang terkini.






Form Window - tempat bagi mereka bentuk antara muka. Bagi projek yang baru, Visual Basic akan menetapkan nama form sebagai FORMI, dan ianya adal default. Anda boieh menukarkannya kepada nama yang lain apabila projek disimpan.


Project Explorer Window - akan memaparkan nama-nama fail yang disimpan di dalam projek. Bar tajuk memegang nama fail .vbp. Project1 adalah nama default yang diberi oleh Visual Basic selagi anda tidak menukarkannya dengan nama yang lain.

Properties Window - digunakan untuk set properties bagi objek.

Form Layout Window - kedudukan form di dalam Form Layout menunjukan kedudukan form semasa projek dilarikan.

Toolbox - mengandungi tools yang digunakan untuk menempatkan objek di dalam form.

Toolbar - butang arahan ini adalah sama fungsinya seperti arahan yang terdapat pada menu.

Design Time, Run Time dan Break Time - semasa mereka bentuk antara muka dan menulis kod ia dipanggil Design Time. Semasa pengujian dijalankan atau projek dilarikan, ia dipanggil Run Time. Sekiranva anda mendapat ralat (error) semasa Run Time atau projek diberhentikan (pause) semasa dilarikan, anda berada di Break Time.


No comments:

Post a Comment